Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 1 Mei 2012

MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU 02/2012

Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Moral SKHM pada jam 1.30 tengah hari, Isnin, 30 April 2012. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir, kecuali Cik Fazleen Shafiqah (cuti sakit). Terima kasih juga kepada Tn. Guru Besar yang turut hadir.

Aktiviti Bulan Bahasa akan berlangsung dalam bulan Jun 2012. Antara aktivitinya ialah :
1) Koir tahap dua : Cgu Khairman & Cgu Hazuari
2) Koir tahap satu : Cgu Samainah
3) Mewarna tahap satu : Cgu Ijam
4) Mewarna tahap dua : Cgu Fazleen
5) Sahibba tahap dua : Cgu Amenuddin
6) Folio : Cgu Zakiah

Program anjuran Panitia Bahasa Melayu 2012 :
A) Program Utama
     a) Aplikasi KTMK dalam p&p terutamanya di Makmal Bahasa dan Bilik Tayang.
     b) Tulisan cantik murid tahun satu.
     c) Zoom - A dalam p&p.
     d) Teknik MESWA dalam p&p.
     e) Teknik BISA dalam p&p Penulisan.

B) Program Sokongan
     a) Kelas Ekstra & Eksel tahun 6.
     b) Jom 10 Minit
     c) Program NILAM
 
C) Program Sampingan
     a) Belajar Sambil Melawat ke Ipoh
     b) Bulan Bahasa
     c) Ko-akademik : Bercerita, Bicara Berirama

    

Isnin, 23 April 2012

EJAAN HARI INI ...

Murid-murid wajib memakai stokin apabila bermain boling tenpin.    ( X )

Murid-murid wajib memakai stoking apabila bermain boling tenpin.  ( / )


Ahad, 22 April 2012

EJAAN HARI INI ...

1.  Garfu itu diperbuat daripada keluli.        (X)
     Garpu itu diperbuat daripada keluli.          ( / )

2.  Urusetia program sukan itu terdiri daripada pelbagai ras.    ( X )
     Urus setia program sukan itu terdiri daripada pelbagai ras.  ( ? )

3.  Murid-murid sedang berkumpul di perkarangan sekolah.   ( X )
     Murid-murid sedang berkumpul di pekarangan sekolah.    ( / )







Isnin, 9 April 2012

BICARA BERIRAMA DAERAH HILIR PERAK 2012






Tahniah kepada pasukan SKHM kerana berjaya menjadi Naib Johan Bicara Berirama Daerah Hilir Perak 2012 yang berlangsung pada 9 April 2012 di Dewan Bestari SK. Sultan Abdul Aziz Teluk Intan.

Ahad, 25 Mac 2012

PENJODOH BILANGAN TEPAT

Gerombolan








Sepasukan komunis telah merosakkan landasan kereta api tersebut.  ( x )

SEPATUTNYA ...

Segerombolan komunis telah merosakkan landasan kereta api tersebut.  ( / )
 

Guru Bahasa Melayu

En. Mohd Ammar Bin Hassan
En. Amenuddin
Pn. Zakiah binti Othman
Pn. Ijam Bt Abu
En. Khairman Jalil
Pn. Ros Hanizah binti Mohd Nor



Sample text