Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Ahad, 10 Januari 2010

KATA GANTI NAMA DIRI

1. Cikgu Din disayangi oleh murid-muridnya kerana dia seorang guru yang baik hati. (X)
Cikgu Din disayangi oleh murid-muridnya kerana beliau seorang guru yang baik hati. (/)

2. Nama ayam itu ialah Si Jalak. Dia sangat jinak. (X)
Nama ayam itu ialah Si Jalak. Ia sangat jinak. (/)

3. Pen itu berkualiti tinggi. Ianya juga berharga sangat mahal. (X)
Pen itu berkualiti tinggi. Pen itu juga berharga sangat mahal. (/)

4. "Saya ingin bersiram," titah Sultan Melaka. (X)
"Beta ingin bersiram," titah Sultan Melaka. (/)

5. "Aku akan berangkat ke Temasik," bicara Laksamana Hang Tuah kepada Hang Jebat.
"Hamba akan berangkat ke Temasik,"bicara Laksamana Hang Tuah kepada Hang Jebat.

KATA NAMA KHAS

1. Bunga Orkid itu sangat cantik. (X)
Bunga Vanda Diana itu sangat cantik. (/)

2. Nama kucing itu ialah si comel. (X)
Nama kucing itu ialah Si Comel. (/)

3. Salmi membeli sebuah novel yang bertajuk meniti senja. (X)
Salmi membeli sebuah novel yang bertajuk Meniti Senja. (/)

4. Kereta mewah itu dipandu oleh cikgu Amran. (X)
Kereta mewah itu dipandu oleh Cikgu Amran. (/)

5. Adik membeli sehelai baju berjenama polo semalam. (X)
Adik membeli sehelai baju berjenama Polo semalam. (/)

KATA NAMA AM

1. Shamsul ialah seorang peninju yang dikagumi oleh rakyat Malaysia. (X)
Shamsul ialah seorang petinju yang dikagumi oleh rakyat Malaysia. (/)

2. Sebuah banggunan lima tingkat akan didirikan di kawasan itu. (X)
Sebuah bangunan lima tingkat akan didirikan di kawasan itu. (/)

3. Abang pergi ke pasar untuk membeli sekilogram kobis. (X)
Abang pergi ke pasar untuk membeli sekilogram kubis. (/)

4. Kami berjalan kaki menuju ke pasaraya tersebut. (X)
Kami berjalan kaki menuju ke pasar raya tersebut. (/)

5. Kak Minah sedang menikmati sepinggan mee goreng. (X)
Kak Minah sedang menikmati sepinggan mi goreng. (/)

PENJODOH BILANGAN

1. Mak Mah sedang menggubah sekuntum bunga mawar. (X)
Mak Mah sedang menggubah sejambak bunga mawar. (/)

2. Ibu memasukkan secubit garam ke dalam kawah yang besar itu. (X)
Ibu memasukkan segenggam garam ke dalam kawah yang besar itu. (/)

3. Harga sebiji rambutan itu ialah RM3.00 sahaja. (X)
Harga seikat rambutan itu ialah RM3.00 sahaja. (/)

4. Ravi telah makan enam biji durian pada pagi tadi. (X)
Ravi telah makan enam ulas durian pada pagi tadi. (/)

5. Pak Din memikul sesikat pisang emas. (X)
Pak Din memikul setandan pisang emas. (/)
 

Guru Bahasa Melayu

En. Mohd Ammar Bin Hassan
En. Amenuddin
Pn. Zakiah binti Othman
Pn. Ijam Bt Abu
En. Khairman Jalil
Pn. Ros Hanizah binti Mohd Nor



Sample text