Mesyuarat ini telah berlangsung di Bilik Moral SKHM pada jam 1.30 tengah hari, Isnin, 30 April 2012. Terima kasih kepada semua ahli yang hadir, kecuali Cik Fazleen Shafiqah (cuti sakit). Terima kasih juga kepada Tn. Guru Besar yang turut hadir.
Aktiviti Bulan Bahasa akan berlangsung dalam bulan Jun 2012. Antara aktivitinya ialah :
1) Koir tahap dua : Cgu Khairman & Cgu Hazuari
2) Koir tahap satu : Cgu Samainah
3) Mewarna tahap satu : Cgu Ijam
4) Mewarna tahap dua : Cgu Fazleen
5) Sahibba tahap dua : Cgu Amenuddin
6) Folio : Cgu Zakiah
Program anjuran Panitia Bahasa Melayu 2012 :
A) Program Utama
a) Aplikasi KTMK dalam p&p terutamanya di Makmal Bahasa dan Bilik Tayang.
b) Tulisan cantik murid tahun satu.
c) Zoom - A dalam p&p.
d) Teknik MESWA dalam p&p.
e) Teknik BISA dalam p&p Penulisan.
B) Program Sokongan
a) Kelas Ekstra & Eksel tahun 6.
b) Jom 10 Minit
c) Program NILAM
C) Program Sampingan
a) Belajar Sambil Melawat ke Ipoh
b) Bulan Bahasa
c) Ko-akademik : Bercerita, Bicara Berirama