Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Selasa, 28 Februari 2012

NILAI MURNI BAHASA MELAYU (05)

HEMAH TINGGI

















Kita hendaklah berhemah tinggi seperti Amel Aliff yang bersalam dengan Guru Besar tatkala menerima pingat tersebut.

NILAI MURNI BAHASA MELAYU (04)

BERANI












Kita wajarlah berani seperti Arif yang yakin diri semasa menyertai pertandingan boling peringkat daerah.

Ahad, 26 Februari 2012

NILAI MURNI BAHASA MELAYU (03)

MEMENTINGKAN KEBERSIHAN FIZIKAL DAN MENTAL













Kita wajarlah mementingkan kebersihan fizikal dan mental seperti Ah Lim yang membuang sampah ke dalam tong sampah di kantin itu.

Sabtu, 25 Februari 2012

NILAI MURNI BAHASA MELAYU (02)

BAIK HATI











Kita perlulah baik hati seperti Amran yang sanggup menyelamatkan rakannya yang lemas ketika berenang di sungai itu.

Jumaat, 24 Februari 2012

FORUM PELAJAR 2012

Forum Pelajar 2012 telah berlangsung di Makmal Komputer SK. Hutan Melintang pada 24.2.2012 dari jam 11.00 pagi hingga 12.30 tengah hari.
Ahli panel adalah seperti berikut :
Mohd Noor Safwan bin Mohd Yusof : SEMESTI
Mohd Noor Zaidi bin Hamdan : SMAP Kajang
Nur Afiqah binti Abdul Razak : SBPI Gopeng

Program ini mendedahkan murid-murid tahun enam berkenaan corak kehidupan di sekolah berasrama penuh. Di samping itu, mereka juga diberi panduan berkenaan cara-cara belajar serta kepentingan melibatkan diri dalam aspek kokurikulum. Kecemerlangan ahli panel diharap mampu mencetus semangat untuk semua murid tahun enam menggapai impian dan harapan pada masa hadapan.

Laksaan terima kasih kepada Tn. Hj. Kamalodin Mohamad (Guru Besar) kerana sudi menyampaikan cenderamata kepada semua panel. Terima kasih jua kepada Pn. Zakiah Othman kerana turut hadir dalam majlis ini.







JASA KALIAN DIKENANG SEPANJANG MASA ...

Khamis, 23 Februari 2012

NILAI MURNI BAHASA MELAYU (01)



01) JUJUR
Kita mestilah jujur seperti Encik Daud yang menyerahkan kepada pihak polis
komputer riba yang dijumpainya itu.

Rabu, 22 Februari 2012

KATA KERJA TEPAT

1. Menanak nasi
Kakak sedang menanak nasi di dapur.

2. Mencolok mata
Pakaian artis wanita itu amat mencolok mata.

3. Menunggang motosikal
Abang menunggang motosikal ke sekolah pada setiap hari.

4. Menjerang air
Ibu menyuruh Kak Nita menjerang air.

5. Menuntun basikal
Adik terpaksa menuntun basikalnya kerana tayar basikal itu pancit.

Selasa, 21 Februari 2012

AKTIVITI PERSATUAN B/MELAYU





Pada 15 Februari 2012, Persatuan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti permainan tradisional yang menjadi warisan bangsa. Permainan tersebut ialah galah panjang dan seremban. Aktiviti berlangsung dari jam 3.00 hingga 4.00 petang bertempat di Dewan Terbuka SKHM.
 

Guru Bahasa Melayu

En. Mohd Ammar Bin Hassan
En. Amenuddin
Pn. Zakiah binti Othman
Pn. Ijam Bt Abu
En. Khairman Jalil
Pn. Ros Hanizah binti Mohd Nor



Sample text