Social Icons

twitterfacebookgoogle pluslinkedinrss feedemail

Khamis, 21 Mei 2009

STRUKTUR AYAT....




1. Kita mestilah saling tolong-menolong antara satu sama lain. (X)



Kita mestilah saling menolong antara satu sama lain. (/)



Kita mestilah tolong-menolong antara satu sama lain. (/)





2. Nasi lemak itu dikukus oleh saya. (X)



Nasi lemak itu saya kukus. (/)



3. Gambar itu dilukis oleh Sempoi. Ianya sangat cantik. (X)



Gambar itu dilukis oleh Sempoi. Gambar itu sangat cantik. (/)

Selasa, 19 Mei 2009

KATA MAJMUK

1. kaki tangan (x) kakitangan (/)

2. urusetia (x) urus setia (/)

3. aturcara (x) atur cara (/)

4. setia usaha (x) setiausaha (/)

5. kraftangan (x) kraf tangan (/)

6. bandaraya (x) bandar raya (/)

7. pasaraya (x) pasar raya (/)

8. keretaapi (x) kereta api (/)

9. tanda tangan (x) tandatangan (/)

Ahad, 17 Mei 2009

STRUKTUR AYAT...

1. Semua guru-guru berhimpun di dalam dewan sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru. (x)
Semua guru berhimpun di dalam dewan sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru. (/)
Guru-guru berhimpun di dalam dewan sekolah bagi meraikan sambutan Hari Guru. (/)

2. Rumah-rumah di Taman Mewah cantik-cantik belaka. (x)
Rumah di Taman Mewah cantik-cantik belaka. (/)

3. Hobinya pada masa senggang adalah membaca novel. (x)
Hobinya pada masa senggang ialah membaca novel. (/)

4. Tujuan Rosli bekerja ialah untuk membantu keluarganya. (x)
Tujuan Rosli bekerja adalah untuk membantu keluarganya. (/)

5. Jamilah membeli sebatang pensil di pasar raya itu. (x)
Jamilah membeli sebatang pensel di pasar raya itu. (/)

Jumaat, 15 Mei 2009

EJAAN TERKINI...


1. satay ( x ) sate ( / )

2. taugeh ( x ) tauge ( / )

3. definasi ( x ) definisi ( / )

4. catit ( x ) catat ( / )

5. kobis ( x ) kubis ( / )

6. istirehat ( x ) istirahat ( / )

7. nenas ( x ) nanas ( x )

8. cincang ( x ) cencang ( / )

9. garfu ( x ) garpu ( / )

10. kuetiaw ( x ) kuetiau ( / )

Khamis, 24 Julai 2008

PERKEMBANGAN STAF BESTARI




Bagi merealisasikan pembestarian sekolah, Setiausaha Jawatankuasa Pembestarian Sekolah telah mengadakan perkembangan staf bestari pada hari Sabtu, 12 Julai 2008 bermula pada jam 11.00 pagi
di Makmal Komputer (baru) Sek. Keb. Hutan Melintang.


Antara topik yang sempat diperbincangkan ialah Pengenalan Sekolah Bestari dan
Elemen-elemen Bestari dalam Pengajaran.Semua guru disaran untuk membina e-mel peribadi
masing-masing sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini.
 

Guru Bahasa Melayu

En. Mohd Ammar Bin Hassan
En. Amenuddin
Pn. Zakiah binti Othman
Pn. Ijam Bt Abu
En. Khairman Jalil
Pn. Ros Hanizah binti Mohd Nor



Sample text